DJ MAG MALAYSIA
  • HOME
  • NEWS
  • FEATURES
  • CONTACT
  • DJ'S
    • INTERNATIONAL
  • PRODUCT
  • MAGAZINE
  • HOME
  • NEWS
  • FEATURES
  • CONTACT
  • DJ'S
    • INTERNATIONAL
  • PRODUCT
  • MAGAZINE
Search

NEWS

Picture

January 04th, 2017

4/1/2017

 

​'SUPPORT LOCAL' HANYA SEKADAR UNGKAPAN?

Picture
Peminat musik EDM ( Electronic Dance Music ) semakin pesat membesar di Malaysia terutama dikalangan anak-anak muda. Ramai juga yang mengambil langkah untuk menceburi bidang ini sebagai kerjaya kerana bakat dan minat mendalam.


​Mengikuti perkembangan EDM Malaysia, seringkali kita melihat #supportlocal pada promosi-promosi "event" yang di Facebook, Twitter dan media-media sosial. Tapi sejauh manakah ianya mendapat sokongan dari peminat-peminat EDM di Malaysia?
Picture

​Malaysia banyak menghasilkan "Music Festival", "Event", DJ serta "Producer" yang berkualiti tinggi. Sedihnya, ada "event" yang berkualiti tinggi tidak mendapat sambutan penuh. Mengapa?
Picture
Luahan salah seorang DJ dan Producer di laman social beliau
Kami mendapat maklumat kebanyakan peminat atau penggiat EDM lebih cenderung untuk meminta "guestlist" dari DJ-DJ serta "organizer". Ini boleh dikira tidak begitu bertepatan dengan konsep sebenar memberi sokongan kepada "local" ("support local") yang selalu diperkatakan. Jika dihayati maksud sebenar "support local", ianya bermaksud memberi sokongan sepenuhnya samada dari segi kewangan mahupun moral bagi memboleh penggiat industri EDM terus maju kehadapan. ​

Picture
Sememangnya setiap penganjur (organizer) sangat mengharapkan suntikan semangat berbentuk sokongan moral daripada peminat-peminat EDM tempatan, akan tetapi jika ditanya pada mana-mana penganjur atau penggiat industri EDM tempatan, rata-rata akan lebih mengharapkan sokongan yang diberikan adalah dalam bentuk suntikan berbentuk fizikal, iaitu dalam bentuk kewangan. 
Sokongan dalam bentuk kewangan ini tidak dinafikan sangat memainkan peranan penting kepada mana-mana penganjur atau penggiat industri EDM tempatan kerana ianya merupakan sumber utama bagi mereka untuk meneruskan perjuangan bagi membolehkan industri terus bertapak dan berkembang. Jelas disini sokongan moral semata-mata dengan hadir beramai-ramai dan beramai-ramai masuk melalui "guestlist" tanpa membayar "cover charge" yang merupakan sumber utama mana-mana penganjur atau penggiat industri tempatan tidak begitu menepati ungkapan "support local" yang sering kali diungkapkan.

Dalam erti kata lain, pengiat industri EDM negara sukar untuk terus maju dengan sokongan moral semata-mata tidak kira berapa banyak sokongan moral yang diterima. Akan tetapi, dengan sedikit sokongan berbentuk kewangan walaupun tanpa sebarang sokongan moral sekalipun penggiat industri EDM akan lebih berpeluang untuk terus bergerak maju kehadapan dalam perjuangan industri EDM negara.
Picture

Picture
Ini pula luahan salah seorang organizer EDM di Malaysia

​Kami juga mendapati bahawa terdapat juga beberapa artis-artis EDM tempatan yang inginkan sokongan di 'event' mereka menyalahgunakan ungkapan "Support Local" ini. Menyalahgunakan yang dimaksudkan disini adalah dalam bentuk menyalahgunakan ungkapan tersebut bagi kepentingan peribadi. Ia boleh dikatakan kepentingan peribadi kerana mereka menggunakan ungkapan tersebut bagi menarik orang untuk memberi sokongan pada mereka semata-mata walhal mereka tidak pernah sedikit pun memberi sokongan kepada artis-artis tempatan yang lain.

Kami berharap EDM di Malaysia dapat berkembang dengan lebih 'bersih' dan baik pada masa akan datang.

Comments are closed.

    Archives

    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017

    RSS Feed

    Merchandise

    Picture
About | Terms & Condition | Contact
@2018 DJ Mag Malaysia
  • HOME
  • NEWS
  • FEATURES
  • CONTACT
  • DJ'S
    • INTERNATIONAL
  • PRODUCT
  • MAGAZINE